Satu sesi ringkas bagi keluar seketika dari kesibukan kerja. Lokasi yg hampir dan trek yang mudah.
Peserta berkumpul di Alang Sendayu. Bergerak melalui terowong bagi melintasi Lebuhraya Karak. Ration di ambil sebaik tiba di pintu rimba.
Fly dan khemah mula direntang. Acara mandi manda bermula. Beberapa aksi 'tiruk' berjaya dirakam.
Selesai 'berendam', arang mula dibakar. Api dihidupkan bagi menyediakan juadah kambing panggang dan ayam panggang. Aktiviti santai dalam kumpulan diwarnakan dengan borak dan permainan. Bila malam semakin pekat, semua mula beradu berbumbungkan dedaunan dan buruj.
Usai subuh, sarapan mula disediakan. Sesi bersiram terpaksa dihentikan awal atas faktor cuaca. Peserta kembali berkumpul di tapak perkhemahan dan mula mengemas untuk pulang sebaik hujan berhenti. Laluan sama dipilih untuk kembali je Alang Sendayu. Semua peserta selamat tiba dan sesi ditamatkan.
Comments
Post a Comment