Mendaki sambil santai. Destinasi kali ini ialah Tanjung Tuan.
Monkey Bay menjadi pilihan bagi kawasan perkhemahan. Program dimulakan dengan penyediaan hidangan makan malam.
Usai sesi menjamu selera, semua peserta dikumpul semula bagi memulakan acara permainan. Pelbagai kerenah dan ragam terus memecah keheningan malam. Tamat acara, semua peserta beristirehat sebagai persediaan bagi program pagi.
Sebaik subuh berlalu, peserta bersiap sedia bagi mendaki Bukit Batu Putih. Semua bergerak dari Monkey Bay dengan hanya berjalan kaki. Selain dapat mengatasi masalah parking penuh, peserta dapat menikmati desiran pantai dikala pagi dengan lebih dekat.
Peserta diberi 2 pilihan sama ada ingin menggunakan trek batu atau trek hutan. Kedua-dua pilihan mempunyai penghujung yang sama iaitu bertemu di puncak dan keluar melalui trek hutan.
Peserta kembali ke tapak perkhemahan. Acara penyampaian hadiah dijalankan disamping peserta menikmati menu pagi. Program ditamatkan demi memberi laluan kepada peserta menikmati keindahan pantai.
Comments
Post a Comment