Awalnya, ia hanyalah satu misi latihan persediaan. Namun trip dibuka kepada sesiapa yang berminat dan mendapat sambutan. Ia lebih bercorak 'melepak' berbanding 'pendakian'. Ia sebuah pilihan yang positif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Sebaik meletak kenderaan, peserta berkumpul seketika bagi sesi senaman fan disudahi dengan doa. Trek bertangga dipilih bagi pendakian. Sebaik tiba di beirut, sesi bergambar yang ringkas dibuat sambil berehat.
Perjalanan diteruskan ke air terjun. Hujan bukit mula menjengah sebaik tiba ke destinasi.
Acara mandi bermula dan diselangi sesi fotografi. Menu ringkas turut disediakan. Walaupun ringkas, namun kesedapannya dibawa sehingga ke hujung trip.
Perjalanan balik melalui Checkpoint 5. Sebaik tiba semula ke puncak, peserta meneruskan sesi santai dan fotografi. Semua peserta selamat kembali ke kawasan tempat letak kenderaan sebelum jam 7.
Comments
Post a Comment